Thursday, 8 December 2011

Full package

Sejak dah nak masuk form 5 ni, macam2 tusyen dah kena pergi. Semalam, aku pergi tusyen dekat gombak setia. Tusyen add math dan math. Rasa macam ALAMAK! aku dah nak tinggalkan sekolah tercintaku. Walaupun sekolah tu biasa2 je, tapi dekat situlah aku jumpa ramai orang.


In the way nak ke tusyen, tup2 jalan stuck dekat depan kubur. Tempat biasa m.cik isnin ngan p.cik kelantan jual sarapan pagi. Dekat depan tulah, para2 abang2 dan p.cik2 polis buat roadblock. So, my mother yang bawa kereta dan my father duduk dekat sebelah penumpang. Aku yang duduk belakang sedari tadi tak pakai tali pinggang jangan ikut ya para adik2 serta sahabat terus serta merta pakai. Time kelam kabut, tulah tali pinggang tu nak tersangkut. Macam tahu jer aku dh cuak, hahaha. Agak lamalah juga, nak tempuh jem tu. Dekat sepuluh minit, barulah aku punya kereta sampai dekat depan abang polis tu. So, ibuku pun bukaklah lampu dalam kereta. Nak bagi polis senang nampak. Aku pun pandanglah keluar. Selama beberapa saat, Aaaaahhh!! , handsomenya.... Aku tengok abang polis tu, macam nak terkeluar hati, limpa, jantung, paru2, buah pinggang, kira semualah.


Lepas je dari abang polis tu, aku pun terus cakap dekat ayah dan ibu aku.

Aku : Handsomekan abang polis tadi? : )
Ibu : Huh, kak chik semuanya handsome.
Aku : Eh, mana adalah ibu!
Ayah : Hahaha, yang tadi ayah mengaku. Kali ni memang handsome.

 Yeah, ayah aku pun mengaku abang polis tu handsome. Ayah aku ni pun choosy juga. Anak dia ni pun bukan cantik sangat. Tapi yang penting, tiba2 je ayah aku setuju.


Dalam pukul 10.30 malam, balik dari tusyen. Sampai dekat depan sekolah rendah taman selayang 2 ke 1 aku pun tak tahu, jem lagi macam tadi. Aku pun dah main2 dalam kepala, mesti roadblock lagi ni. Hahaha ( gelak gembira ya ) jumpa abang polis handsome lagi!!!!! 

Sampai dekat depan, abang2 dan p.cik2 polis tu, aku nampak abang polis handsome tadi. Masa tu dia tengah cakap dengan ada seorang p.cik polis tu. Aku tak paham pun ape diaorang cakap, tapi aku dapat dengar suara abang polis tu. Waaaaa!!! suara dia pun sedaplah. Memang packagelah abang polis tu. Masa jumpa dia buat kali kedua tu, aku terjerit kegembiraan kuat pulak. Nasib baik mereka2 itu serta abang polis tu tak perasan. Kalau tak mesti dalam kepala tu " Asallah budak ni? Tak betul ke apa! "












desas - desus hati : Urmmm, malam ni ada roadblock lagi tak? <3

0 hati rasa:

Post a Comment