Saturday 15 September 2012

Jakun jugak aku tadi..

Assalammualaikum semua,

Lam tak update blog. Gara2 penyakit kemalasan. Sempena cuti hujung minggu ni, aku, akak2 aku pergi laaa KL Festival City. Semuanya sebab aku nak pergi kedai ETUDE HOUSE kat situ. So tadi tim sampai kat kedai tu, hahaha gembira pulak tiba2 sampai tak tahu nak beli ape (padahal dah plan). Dah terkesima sebab dah pergi kedai tu, aku cakap kat akak2 aku " kita pergi kejap lagilah, terkejut sebab dapat pergi kedai ETUDE HOUSE ". Adoi2, apelah afiqah ni. Jadi kita orang pun jalan2 dekat situ. First time datang dekat mall tu so macam2 nak try. Kita orang pergi main game kereta kat tempat yang ada game banyak2 tu. Lepas tu, pergi makan dekat Chicken Rice Shop. Lepas makan beli Big Apple. Banyak betul makan, gara2 akak aku yang belajar dekat UM tu balik. After that, pergi ETUDE HOUSE balik. Aku masuk2 terus cari barang yang aku nak beli. Suddenly, amoi sales girl kat situ tegur. Aku pun tanya laaa dia pasal product kat situ. Dia suggest aku guna AC CLINIC DAILY due to my face full with acne dan untuk toner guna WONDER PORE. Lepas tu, dia kata beli barang 3 dan ke atas dapar 30% discount for each item, so aku tambah laaa BEE HAPPY lip balm. Mula2 nak beli SHINI STAR lip balm, pastu dia kata akan ada colour sikit. So aku tak beli. Tak apa lepas ni aku nak beli. So tonight, aku akan guna product ETUDE HOUSE for the first time : )


Ni gambar product yang aku beli tadi.... ( yang botol2 kecik tu dia bg free )













Desas - desus hati : bila dah ada result nanti, aku buat review pulak. Sakan pulak nak wat product review bile tengok semua orang buat. :P


Monday 7 May 2012

Esok exam

Survive for Canon 1100D.





Thursday 23 February 2012

Cerita "putih"

Berbocor dah aku nya blog ni. Semua gara2 tak ingat password blog. Mesti korang kata apalah tak ingat password sendiri tp itulah kenyataan. Dah tak teringat nak buat macam mana. Sebab itulah ini entah ke berapa punya blog. HEHEHE :P

Hari ini tusyen tiada, so ajak mira tadi nak lepak2 dekat rumah dia. Mira kata dekat rumah dia tiada orang so kita orang boleh enjoy habis - habisan. HAHAHA ( cadang nak sepah rumah Mira ). Tapi abang Mira ada. Tapi tak apalah abang Mira selalu duduk dalam bilik je. Tidaklah dia ganggu kami. Sekumpulan gadis2 COMEL pergilah rumah Mira. Naik teksi!!!! Kita orang kaya hari ini. Sampai serentak! Padahal teksi Mira, Pyqa ngan Bell gerak dulu. Lambat betul pak cik teksi dorang bawa teksi.


Sampai dekat taman rumah, aku balik rumah aku dulu. Raimi, Nadia, Pyqa, Bell and Mira balik rumah Mira dulu. Aku nak pergi sidai baju and get permission from my beloved mother. Selesai sesi, bodek - membodek aku BERJAYA! Lepas sidai baju, pergi mandi lepas itu baru pergi rumah Mira. Nadia tengah tengok VANILLA COKLAT obsesi dia tu. Pyqa tengah baring2 atas katil sambil menelefon SI PUJANGGA <3 guna telefon aku. Raimi ngan Bell tengok jelah apa Nadia buat. Lepas tu, ayah Mira belikan kita orang nasi kukus ayam berempah. TERIMA KASIH, pak cik.


Lepas makan, kita orang tengok cerita "putih" a.k.a WHITE. Cerita hantu korea. Aduh dah aku ni tak kuat cerita hantu ni. Nasib baik duduk sebelah Bell. Boleh hugging2. Seram cerita tu. Aku rasa Raimi dari awal cerita asyik tutup muka jer. Pyqa siap kata lagi " Raimi belum sampai part seramlah, tak payah tutup muka lagi!" HAHHA aku pun banyak gak tutup muka. Time yang seram gila2 lah. Dah nak akhir2 tu barulah hugging2 dengan Bell. Dalam pukul 6.00, kita orang balik rumah masing2. Aku jalan slow2 jer. Baru lepas seram, takut pulak nak balik rumah. Semua Mira fault.








"tak nak bubuh gambar cerita, teringat kisah seram"
















desas - desus hati : Kata Pyqa, sekali sekala lepak2 macam ni pun best juga. Aku pun rasa macam tu. Kalau dekat rumah Mira, everything is the best for my opinion ( ayat bodek untuk Mira ).

Tuesday 17 January 2012

Ketua? Sesuai ke aku ni.

Vummmm, bunyi vacum sedut habuk dari blog.


Salam semua,
Dah lama tak dengar khabar gembira. Semua orang update blog cerita pasal apa jawatan yang dia orang pegang untuk sesi 2012 ni. Aku pun tahun ni banyak pegang jawatan. tapi tak adalah yang nak di banggakan cuma nak kongsiking dengan korang semua.


Dalam kelas

Sebagai ketua kelas yang berwibawa. Seminggu juga nak biasakan diri tapi nasib baik sekarang dah biasa.


Rumah sukan dan permainan

Hahaha, tak jadi apa2 pun. Nanti hari sukan tahunan bukannya join rumah sukan, aku join kecemasan. Permainan pula, main badminton tu reti tapi tak adalah pro. So tak perlu beranganlah.


Unit uniform dan kelab

BSMM dan Kelab Koperasi. Agaknya ni sebabnya ibu kata aku tamak. Mana tidaknya, dua2 ni aku jadi PENGERUSI. Uniform tu cikgu pilih aku jadi pengerusi sebab tahun lepas aku dah jadi n.pengerusi (thanks to mya). Untuk kelab, suppose jadi setiausaha tapi tiba2 cikgu suruh naik jadi pengerusi. Waaah, cikgu kata aku pandai berkata - kata. Pandai jelah cikgu buat konklusi





Apa2 pun, aku bersyukur sebab dapat semua jawatan ni. Hope so the gila aku dapat jalankan tugas dengan baik dan cemerlang. Untuk 2012, akan timbulnya NEW ME? dan pelajar tajaan Petronas? Insyaallah.













desas - desus hati : Muhammad N_ _ i _ Abdul G _ _ f f _ r , nak kenal dengan awak sangat. <3

Saturday 24 December 2011

New me? Insyaallah : )

Watch, ummm...


Sekarang dah nak dekat masuk tahun 2012.Aku akan amik SPM. Semua orang dah takut2. Aku pun takut juga. Bila masuk tahun baru, semua orang sibuk dengan azam masing2. Ada yang nak belajar rajin2, nak pastikan semua kerja sekolah siap ( ini aku kena ikut ). Tapi, aku rasa aku bukan orang yang boleh ikut azam. So, tahun ini aku akan pastikan aku ikut azam aku tu. Apa azam aku yang aku berazam sangat nak ikut ni?



Intention of a BellaDonna

* Nak jadi kurus ( jealous tengok orang lain pakai baju comel2 )

* Kumpul duit untuk shopping ( kasut idaman, baju idaman, handbag idaman )

* Belajar rajin2 untuk dapat scholarship dari Petronas : )




I luv shoes yang design seakan - akan macam ni.














desas - desus hati : Doakan azam saya berjalan dengan lancar ya! "orang cantik pakai apa pun cantik" Teringin nak dengar ayat tu...

Everything in white : I'm a pure cute pretty little girl..

Ibuku yang tercinta, serta ayahku yang tersayang....






Waaaa nak bilik macam nie <3
Nak sebijik macam ni juga... please2 : )













desas - desus hati : Tiba2 pula I <3 white wood furniture.

Friday 23 December 2011

Subway;funfair;mcd;karaoke;popular;parkson : All SM

Listen, ummm...

Hari ni best gila. Dapat keluar rumah, jalan2 dengan kawan2. With Farah selaku tukang rancang, Mira, Pyka, Bella dan aku. Mula2, pergi makan subway sebab farah dah kebulur sangat. Pyka ngan bella lambat datang sebab pyka kena jadi ibu bapa sementara buat adiknya yang tercinta. Sementara tunggu pyka ngan bella, aku mira ngan farah pergi main funfair. Dekat situlah konon2nya nak main game yang cangkuk anak patung tu. Punyalah try banyak2 kali tak dapat2 jugak. Lepas tu, p.cik dekat situ baik pulak nak buka cermin mesin tu. Ingatkan dia nak bagi kita orang anak patung yang kita orang nak tu, rupa2nya dia gembur2kan jer lepas tu dia letak yang kita orang nak tu atas sekali. Huh tu pun tak dapat juga. Frust dah tak cukup tonggeng dah.

Lepas pyka ngan bella dah sampai kita orang pergi makan dekat mcd. Lepas tu semua semangat nak pergi karaoke. Terutama pyka. Haha tak adalah. Akulah yang paling semangat. First time nak pergi. Dekat situ macam2 lagu nyanyi. Lagu lama , lagu baru yang penting semuanya nyanyilah.


Nilah budak2 yang nyanyi sakan tadi



Ni aku, nak juga bergaya dengan mikrofon :P



Dekat Parkson. Berangan jer dengan bear ni. Nak beli tak ada duit.
Mahal betul. RM399.90. Tapi okaylah, bear ni berat dan lembut. Besar pulak tu. 
Bila peluk rasa gebu - gebu manja.


Pergi popular, belek2 novel ngan diari. Pensel case dan macam2 lagi. Dalam pukul 3.30, kita orang balik. Tapi sebelum tu, kita orang beli cool blog. farah mula2 kata nak simpan untuk abang dia tapi last2 mira yang habiskan. Hahahah :P















desas - desus hati : Kalau selalu happy2 macam ni, mesti best <3 Love my friends