Saturday, 24 December 2011

New me? Insyaallah : )

Watch, ummm...


Sekarang dah nak dekat masuk tahun 2012.Aku akan amik SPM. Semua orang dah takut2. Aku pun takut juga. Bila masuk tahun baru, semua orang sibuk dengan azam masing2. Ada yang nak belajar rajin2, nak pastikan semua kerja sekolah siap ( ini aku kena ikut ). Tapi, aku rasa aku bukan orang yang boleh ikut azam. So, tahun ini aku akan pastikan aku ikut azam aku tu. Apa azam aku yang aku berazam sangat nak ikut ni?



Intention of a BellaDonna

* Nak jadi kurus ( jealous tengok orang lain pakai baju comel2 )

* Kumpul duit untuk shopping ( kasut idaman, baju idaman, handbag idaman )

* Belajar rajin2 untuk dapat scholarship dari Petronas : )




I luv shoes yang design seakan - akan macam ni.














desas - desus hati : Doakan azam saya berjalan dengan lancar ya! "orang cantik pakai apa pun cantik" Teringin nak dengar ayat tu...

Everything in white : I'm a pure cute pretty little girl..

Ibuku yang tercinta, serta ayahku yang tersayang....






Waaaa nak bilik macam nie <3
Nak sebijik macam ni juga... please2 : )













desas - desus hati : Tiba2 pula I <3 white wood furniture.

Friday, 23 December 2011

Subway;funfair;mcd;karaoke;popular;parkson : All SM

Listen, ummm...

Hari ni best gila. Dapat keluar rumah, jalan2 dengan kawan2. With Farah selaku tukang rancang, Mira, Pyka, Bella dan aku. Mula2, pergi makan subway sebab farah dah kebulur sangat. Pyka ngan bella lambat datang sebab pyka kena jadi ibu bapa sementara buat adiknya yang tercinta. Sementara tunggu pyka ngan bella, aku mira ngan farah pergi main funfair. Dekat situlah konon2nya nak main game yang cangkuk anak patung tu. Punyalah try banyak2 kali tak dapat2 jugak. Lepas tu, p.cik dekat situ baik pulak nak buka cermin mesin tu. Ingatkan dia nak bagi kita orang anak patung yang kita orang nak tu, rupa2nya dia gembur2kan jer lepas tu dia letak yang kita orang nak tu atas sekali. Huh tu pun tak dapat juga. Frust dah tak cukup tonggeng dah.

Lepas pyka ngan bella dah sampai kita orang pergi makan dekat mcd. Lepas tu semua semangat nak pergi karaoke. Terutama pyka. Haha tak adalah. Akulah yang paling semangat. First time nak pergi. Dekat situ macam2 lagu nyanyi. Lagu lama , lagu baru yang penting semuanya nyanyilah.


Nilah budak2 yang nyanyi sakan tadi



Ni aku, nak juga bergaya dengan mikrofon :P



Dekat Parkson. Berangan jer dengan bear ni. Nak beli tak ada duit.
Mahal betul. RM399.90. Tapi okaylah, bear ni berat dan lembut. Besar pulak tu. 
Bila peluk rasa gebu - gebu manja.


Pergi popular, belek2 novel ngan diari. Pensel case dan macam2 lagi. Dalam pukul 3.30, kita orang balik. Tapi sebelum tu, kita orang beli cool blog. farah mula2 kata nak simpan untuk abang dia tapi last2 mira yang habiskan. Hahahah :P















desas - desus hati : Kalau selalu happy2 macam ni, mesti best <3 Love my friends


Thursday, 8 December 2011

Full package

Sejak dah nak masuk form 5 ni, macam2 tusyen dah kena pergi. Semalam, aku pergi tusyen dekat gombak setia. Tusyen add math dan math. Rasa macam ALAMAK! aku dah nak tinggalkan sekolah tercintaku. Walaupun sekolah tu biasa2 je, tapi dekat situlah aku jumpa ramai orang.


In the way nak ke tusyen, tup2 jalan stuck dekat depan kubur. Tempat biasa m.cik isnin ngan p.cik kelantan jual sarapan pagi. Dekat depan tulah, para2 abang2 dan p.cik2 polis buat roadblock. So, my mother yang bawa kereta dan my father duduk dekat sebelah penumpang. Aku yang duduk belakang sedari tadi tak pakai tali pinggang jangan ikut ya para adik2 serta sahabat terus serta merta pakai. Time kelam kabut, tulah tali pinggang tu nak tersangkut. Macam tahu jer aku dh cuak, hahaha. Agak lamalah juga, nak tempuh jem tu. Dekat sepuluh minit, barulah aku punya kereta sampai dekat depan abang polis tu. So, ibuku pun bukaklah lampu dalam kereta. Nak bagi polis senang nampak. Aku pun pandanglah keluar. Selama beberapa saat, Aaaaahhh!! , handsomenya.... Aku tengok abang polis tu, macam nak terkeluar hati, limpa, jantung, paru2, buah pinggang, kira semualah.


Lepas je dari abang polis tu, aku pun terus cakap dekat ayah dan ibu aku.

Aku : Handsomekan abang polis tadi? : )
Ibu : Huh, kak chik semuanya handsome.
Aku : Eh, mana adalah ibu!
Ayah : Hahaha, yang tadi ayah mengaku. Kali ni memang handsome.

 Yeah, ayah aku pun mengaku abang polis tu handsome. Ayah aku ni pun choosy juga. Anak dia ni pun bukan cantik sangat. Tapi yang penting, tiba2 je ayah aku setuju.


Dalam pukul 10.30 malam, balik dari tusyen. Sampai dekat depan sekolah rendah taman selayang 2 ke 1 aku pun tak tahu, jem lagi macam tadi. Aku pun dah main2 dalam kepala, mesti roadblock lagi ni. Hahaha ( gelak gembira ya ) jumpa abang polis handsome lagi!!!!! 

Sampai dekat depan, abang2 dan p.cik2 polis tu, aku nampak abang polis handsome tadi. Masa tu dia tengah cakap dengan ada seorang p.cik polis tu. Aku tak paham pun ape diaorang cakap, tapi aku dapat dengar suara abang polis tu. Waaaaa!!! suara dia pun sedaplah. Memang packagelah abang polis tu. Masa jumpa dia buat kali kedua tu, aku terjerit kegembiraan kuat pulak. Nasib baik mereka2 itu serta abang polis tu tak perasan. Kalau tak mesti dalam kepala tu " Asallah budak ni? Tak betul ke apa! "












desas - desus hati : Urmmm, malam ni ada roadblock lagi tak? <3

Wednesday, 7 December 2011

Ada pak cik minat farah!

Hahaha, semalam farah ajak aku ngan mira pergi joging dekat empangan batu. Dalam pukul 7.20, aku sampai rumah mira dan kitaorang bergerak pergi rumah naimah. Sampai2 jer, boleh pulak si naimah ni tak nak pergi. Tapi takpelah. Naimah nak pergi beli kuih, jadi si farah un gatal2 juga nak beli kuih. On the way nak pergi empangan, mira dah bagi cadangan, kuih tu masukkan dalam poket. Farah kata poket dia tak muat, so kena pegang je lah.

Time tengah jalan, aku bagilah cadangan, nak ikut jalan kampung ke jalan bandar. Farah nak ikut jalan bandar, mira nak ikut jalan kampung. Disebabkan tukang ajak nak ikut jalan bandar kitaorang ikut lah jalan bandar tu. Time jalan tu nampak la makcik kat belakang tengah semangat jalan laju. Mira kata ntah2 nanti m.cik tu potong kita tak. So masa tulah kitaorang semangat jalan laju semata - mata dengki ngan m.cik tu.

Tak lama lepas tu, terserempak dengan dua orang p.cik. Seorang berbaju biru cair, seoarang lagi baju coklat kalau tak silap. P.cik biru cair tu dah pandang jer plastik kat tangan farah sambil senyum2.


P.cik biru cair : Amboi, dah siap ada kuih !


Aku ngan mira bukan main lagi gelakkan farah. Sampai farah dah naik malulah kitaorang gelakkan dia. MIra pun kata, " tulah aku suruh ikut jalan kampung tadi tak nak". Time tengah gelak2, m.cik semangat dekat belakang potong kitaorang. Hahaha jahat betul m.cik tu.

Sampai dekat atas, farah ajak duduk kat batu tepi tasik. Kitaorang pun makan kuih dekat situ. Tadi dia yang semangat sebelum sampai dekat empangan. " Aku nak kita lari tau. Aku tak nak main2". Alih2 dia yang kata takyah larilah. Adoi2 fara.

Masa makan kuih tu, terjumpa pulak dengan p.cik yang mira ANTI gila2. Mira kata, p.cik tulah yang suruh dia lari jangan jalan jer. Siap cakap anak2 muda zaman sekarang dah malas dah. Mira berapi jer tahan ape yang p.cik tu cakap. Lepas tu, time tengah mkan jugalah ada pulak mamat2 yang tak sedar diri diaorang tu baru sampai dah nak tunjuk2 kat kitaorang nie. Amboi2, apalah yang diaorang cakap2 tu.

Tak lama lepas tu, kitaorang balik lepas semua kuih dah habis. Balik tu, pergi singgah kedai runcit dekat bawah beli air tin. Semalam semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh farah. THANK YOU lain kali belanja laa lagi yer. Lepas tu, pergi rumah mira, lepak2 sejukkan badan guna AIRCON. Orang selalu guna kipas atau udara semula jadi. Kitaorang advance sikit.

Dalam pukul 11 pagi, masing2 balik rumah. Time farah call abang dia suruh amik, " eh, amik KITA." Aku dengan mira dengar macam pelik jer farah cakap macam tu ngan abang dia. Dah tu teruslah berlaku sesi ejek2 farah. Sebelum balik, aku ngan farah pinjam buku novel Bahasa Inggeris mira.


By Dyan Sheldon













desas - desus hati : hari2 pergi empangan mesti best. Tapi mesti pergi ambil angin dengan sembang2 jer. Nak bersenam? Jalan ke!